STATISTIK GEJALA SOSIAL REMAJA

laman utama kata aluan pengenalan gambarfoto kelakuan remaja faktor keruntuhan akhlak remaja cara mengatasi keruntuhan akhlak remaja kesimpulan bibliografi

 

                     Di Malaysia, remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk. Oleh kerana bilangannya yang ramai, maka masalah yang berkaitan dengan kelompok ini juga adalah banyak.

                     Data serta statistik juga banyak menunjukkan keruntuhan akhlak dikalangan remaja di negara ini  adalah semakin serius. Mengikut Pihak Berkuasa Jenayah Bukit Aman ( Berita Harian, 22hb. September 1993 ) diantara tahun 1990 dan 1992 sahaja, seramai 37602 individu ditahan bagi kesalahan jenayah harta benda serta kekerasan. Daripada jumlah ini, seramai 3450 atau 9.17% adalah remaja dan dalam kalangan remaja yang diberkas pula, kesalahan yang dilakukan boleh dibahagikan kepada jenayah kekerasan dan harta benda. 

                      Perangkaan polis menunjukkan diantara kes jenayah yang selalu dilakukan oleh remaja seperti pecah rumah, rusuhan, pergaduhan sesama mereka, penyalah gunaan dadah, mencuri basikal atau pun motosikal.

                      Jenayah yang dilakukan oleh remaja bukan hanya berlaku di kawasan bandar raya mau pun bandar--bandar besar sahaja bahkan melibatkan  di merata tempat di seluruh pelusuk negara. Sebagai contoh, di Kedah sahaja, sebanyak 307 kes jenayah berlaku disepanjang tahun 1991. Daripada jumlah itu, 73 kes membabitkan pelajar sekolah. Mengikut pembahagian kaum pula, seramai 204 kes melibatkan kaum Melayu, 54 kes remaja Cina dan 47 kes adalah remaja kaum India.

                      Satu lagi kesalahan yang melibatkan remaja lari atau hilang dari rumah. Pada tahun 1990 sahaja, terdapat ( 1578 kes ) 1991 ( 1981 kes ), 1992 ( 2221 kes ) dan 1993 ( 1485 kes ).

                      Dari segi jenayah yang melibatkan penggunaan bahan berbahaya seperti dadah psikoaktif, antara tahun 1990 dan 1992, daripada jumlah 22912 penagih dadah yang ditahan, 2856 orang  ( 12.46% ) adalah remaja.    

                       Statistik seterusnya adalah bersabit kesalahan akhlak yang amat serius dari kaca mata masyarakat Malaysia, iaitu perbuatan maksiat dikalangan remaja. Menurut  Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Napsiah Omar ( Berita Harian, 03 Feb. 1992 ), bilangan remaja yang rosak akhlak masih tinggi. Pada tahun 1998 sahaja ,sebanyak 3978 kes dicatatkan. 4111 kes pada tahun 1989, 3763 kes pada tahun 1990 dan sebanyak 2658 kes sehingga bulan Oktober 1991.

                         Satu lagi tabiat remaja yang begitu menonjol serta menampakkan potensi untuk menjadi gejala yang sukar dibendung adalah kegemaran mereka yang begitu suka membazirkan masa. Istilah yang begitu popular digunakan kini adalah " budaya lepak ". Satu kajian di dua buah blok rumah pangsa di Kuala Lumpur mendapati sebanyak 90% remaja kaum cina terus pulang ke rumah selepas sekolah, sebanyak 72% remaja kaum india berbuat demikian dan hanya 5.8% remaja kaum melayu pulang ke rumah selepas sekolah. ( Utusan Malaysia, 11 Mac 1993 ).