FAKTOR KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA

laman utama kata aluan pengenalan statistik gejala sosial remaja gambarfoto kelakuan remaja cara mengatasi keruntuhan akhlak remaja kesimpulan bibliografi

 

 

              Daripada data dan statistik yang di bentangkan, terbukti keruntuhan akhlak dikalangan remaja pada tahap yang tinggi. Keruntuhan ini dapat dilihat dari pelbagai sudut. Diantara punca yang dikenal pasti ;

                        1.

                                          Hari ini, setiap  rumah mempunyai  pelbagai media eletronik seperti televisyen, pemain cakera padat ( vcd ), pemain video dan terhangat pengggunaan internet. Dimana dunia tanpa sempadan dan sekatan serta tiada batas-batas untuk memisahkan diantara yang haq serta batal. Ini menyebabkan banyak perkara yang ditegah dan dilarang oleh agama telah menjadi perkara yang diminati oleh pelajar seperti menonton budaya kuning yang mengandungi budaya lepak, rock, lucah dan seks, budaya bahasa seperti lepak dan budaya merah seperti " wrestling " dan banyak lagi. Inilah punca yang terbesar sekali yang menyebabkan berlakunya gejala keruntuhan akhlak dikalangan remaja. Disebabkan tiadanya pemantauan oleh ibubapa yang sentiasa sibuk dengan urusan seharian.

                        2.

                                         Terdapat pepatah yang mengatakan "berkawan biar ramai, bermusuh jangan sekali ", namun hakikatnya akibat daripada pengaruh kawan yang ramai, akhlak remaja menjadi rosak. Hari ini golongan remaja boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan :

                                          a. Kumpulan yang suka bersendirian

                                          b. Kumpulan yang suka menganggu dan mengacau

                                          c. Kumpulan yang menjadi pak turut sahaja.

                                          d. Kumpulan yang sukakan buku ( book worm )

                                          e. Kumpulan ala samseng.

                                          Remaja-remaja dari kumpulan suka bersendirian, pak turut  dan sukakan buku kebanyakanya telah menjadi mangsa kumpulan pengacau dan samseng. Remaja ini selalunya suka merosakkan harta benda sekolah, tempat awam, merokok, mengacau, menonton video lucah, mengugut, mengurat, memeras ugut, mempengaruhi remaja-remaja lain lebih secara paksa melakukan vandelisme atau perbuatan merosakkan harta benda awam.

                         3.

                                           Hiburan memang menyeronokkan dan mengasyikkan. Sesuai dengan naluri remaja yang menginginkan lebih hiburan. Baik untuk mereka yang sedang meningkat dewasa atau di awal remaja, daya tarikan melalui hiburan kadangkala boleh menyebabkan keruntuhan akhlak dan minda mereka. Ini di kesan melalui peniruan gaya-gaya artis yang menjolok mata, bergaya punk dengan rambut panjang dan sebagainya termasuklah tutur kata dan gaya bahasa yang dijadikan ikutan dalam kehidupan seharian mereka.

                          4.

                                           Institusi keluarga akan menjadi porak-peranda sekiranya keadaan dalam keluarga tidak aman dan sering berlaku pertengkaran antara ahli keluarga. Bapa yang sentiasa mabuk, bermain judi, kaki perempuan dan sebagainya. Manakala ibu pula suka berleter, pilih kasih terhadap anak dan mengongkong anak-anak menjadikan jiwa remaja cepat memberontak , stress, tension dan suka melawan.

                                           Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja. Sebagai contoh, ibubapa yang terlalu memanjakan anak kerap memberikan wang saku yang terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain yang gemar bersuka-suka.

                                           Sikap ibubapa yang tidak mengambil berat tentang kelakuan dan pergaulan anak remaja mereka juga mendorong pada kerosakan akhlak remaja.

                           5.

                                          Tanpa ekonomi yang mantap dalam sesebuah keluarga, kehidupan akan melarat dan berlakulah kejadian seperti mencuri, menyamun, memasuki kumpulan haram ( kongsi gelap ), menipu dan sebagainya. Para remaja yang terjebak dalam masalah ini tidak takut dengan sebarang undang-undang yang ada. Bagi mereka, kehidupan adalah untuk menikmati segala bentuk kesenangan dan dapat berseronok ( enjoy ).

                                           Tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan aktiviti sosial yang lain menyebabkan ibubapa dan anak-anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang dan berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibubapa.

                            6.

                                            Di kebanyakan sekolah, pelajar di bentuk agar mementingkan bidang akademik semata tanpa menumpukan perhatian terhadap pengukuhan sahsiah atau akhlak. Selain itu, sikap guru-guru banyak memberikan pengaruh buruk terhadap pelajar di mana ada guru yang terlalu garang dan tegas serta suka menggunakan perkataan-perkataan kesat tanpa mengambil kira perasaan dan jiwa pelajar. Akibatnya para renaja hidup dengan penuh rasa kebosanan tanpa dapat menikmati suasan yang harmoni di mana perasaan dan jiwa mereka kosong dan menderita. Oleh itu peranan guruamat penting dalam membentuk jiwa dan perwatakan pelajar.