PENGENALAN

laman utama kata aluan statistik gejala sosial remaja gambarfoto kelakuan remaja faktor keruntuhan akhlak remaja cara mengatasi keruntuhan akhlak remaja kesimpulan bibliografi

 

                    Malaysia hari ini dikejutkan  dengan pelbagai gejala sosial yang amat memalukan dan merosakan akhlak muda mudi masa kini. Dikaca televisyen, surat khabar, media-media cetak mau pun eletronik boleh dikatakan memaparkan kes-kes jenayah yang berlaku seperti merogol, merompak, membunuh, budaya lepak, penagihan dadah, penyalah gunaan internet dan lain-lain lagi yang melibatkan para pelajar sekolah dan remaja.

                   Pelbagai andaian, hujah, cadangan, program,dan aktiviti bagi menangani masalah sosial ini diutarakan. Perlakuan sosial yang nagetif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan.

                   Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan remaja.. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkutan 1952, kanak-kanak di definisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah. Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam persekolahan.