CARA MENGATASI KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA

 

laman utama kata aluan pengenalan statistik gejala sosial remaja gambarfoto kelakuan remaja faktor keruntuhan akhlak remaja kesimpulan bibliografi

     

 

Perbincangan mengenai keruntuhan akhlak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini. Beberapa saranan atau cara bagi mengatasi keruntuhan sosial remaja di antaranya seperti berikut :-

        1. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa memerhatikan setiap gerak geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi  oleh anak-anak mereka serta sanggup meluangkan masa  untuk mengatasi masalah tersebut. Ibu bapa seharusnya mengetahui  rakan-rakan anak mereka yang mempunyai kedudukaan moral yang baik. Selain itu ibu bapa juga hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, tanamkan nilai-nilai murni, motivsi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, menepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia. amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak-anak.

        2. Pendidikan keibubapaan perlu diperkembangkan dengan cara yang lebih berkesan sehingga keupayaan pendidikan anak-anak dalam institusi keluarga dapat diperkemaskan. Amalan keibubapaan islam hendaklah dipraktikkan melalui bimbingan langsung dari masjid. Remaja yang bermasalah di qariah boleh dijadikan sasaran yang terawal untuk membina model nyata untuk dikembangkan dalam masyarakat.

        3 Pendekatan akademik Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu  juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti pengunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajran luar kelas. Hendaklah diusahakan  agar terbentuk bi'ah solehah dalam masyarakat untuk memperkukuhkan pendidikan akhlak dikalangan remaja.

            Kokurikulum pendidikan negara hendaklah ke arah menambahkan proses ke ' islam 'an lebih dari proses kecemerlangan akademik semata-mata. Kumpulan penggubal kokurukulum pendidikan negara hendaklah menambahkan keanggotaan mereka yang ahli dalam ilmu islam dan tidak hanya di dominasikan oleh mereka yang dididik dalam bidang sekular.

            4. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut dikalangan pelajar sekolah, disamping mengurangkan bebean dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibubapa dalam pengawalan disiplin.

                Meningkatkan semula pengawalan disiplin dari peringkat awalan oleh semua pihak dalam sekolah seperti yang dahulunya pernah dipertegaskan dalam sistem pembentukan disiplin pelajar. Kawalan diperingkat awal pasti dilaksanakan, semua pihak hendalah ' turun padang ' dengan ertikata sebenar untuk mengatasi masalah disiplin remaja pada masa kini.

            5. Koordiansi antara badan-badan NGO untuk bertindak dengan berkesan mengatasi masalah remaja perlu diusahakan supaya lebih banyak badan-badan tampil kehadapan dengan berani untuk memperbetulkan keadaan. Pihak NGO perlu banyak melaksanakan program dengan Jabatan Agama bagi membentuk sahsiah masyarakat.

            6. Perlu diusahakan sebagaimana program khidmat negara, adalah salah satu usaha untuk mengatasi masalah remaja dengan penglibatan daripada remaja itu sendiri.

            7. Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis, yang mana bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar yang bemasalah. Dimana kes pelajar tersebut akan dirurjuk kepada pihak polis sebagai penyelesaian yang terakhir.