Sesungguhnya terdapat banyak faktor yang menyebabkan kerosakan akhlak remaja pada hari ini. Apa yang penting ialah sikap anggota masyarakat itu sendiri yang perlu menjaga imej negara daripada sebarang anasir yang boleh merosakan di mana semua pihak mestilah merasa bertanggungjawab dan bersama mendidik remaja kearah kemulliaan dan ketinggian akhlak kerana remaja adalah individu yang perlu dibimbing dengan cara yang penuh hikmah dan bijaksana. Bukan dikerasi, dicakar, ditengking, dimalukan atau dibohongi kerana akibatnya mereka akan menjadi liar, bersikap drastik dan suka melawan atau memberontak.
Memberi perhatian yang serius, berbincang dan menunjukkan contoh yang baik adalah corak didikan terbaik terhadap mereka di mana pihak sekolah dan ibubapa hendaklah bekerjasama dan bermaufakat serta bersikap terbuka tanpa terlalu ' emosional ' insya Allah para remaja akan merasakan yang kehadiran mereka dihargai dan disayangi, seterusnya mendidik jiwa mereka kembali lembut dan menjadi manusia yang berguna pada suatu masa nanti.
Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting, ibubapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak dikalangan remaja. Dengan kata lain, walau apa pun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibubapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.
laman utama | kata aluan | pengenalan | statistik gejala sosial remaja | gambarfoto kelakuan remaja | faktor keruntuhan akhlak remaja | cara mengatasi keruntuhan akhlak remaja | bibliografi |